Sarawak contoh keberkesanan dos penggalak, hanya catat kes dua digit – KJ

By Firdaus Ismail
Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 Jan : Kes penurunan jangkitan COVID-19 yang ketara di Sarawak boleh dijadikan contoh mengenai keberkesanan pemberian suntikan dos penggalak kepada rakyat di negeri berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebelum Sarawak memulakan suntikan dos penggalak pada Oktober tahun lepas, kes harian di negeri itu melebihi 3,000 jangkitan.

Sarawak ketika itu juga mencatatkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa antara yang tertinggi di Malaysia namun mengalami lonjakan kes jangkitan.

Katanya, kes jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak ketika ini mencatatkan penurunan mendadak apabila berlegar di sekitar dua angka sehari.

” Kesemua petunjuk juga telah menunjukkan penurunan lebih 90 peratus sejak September,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Semalam, Sarawak hanya mencatatkan 18 kes baharu dan sifar kematian manakala hari sebelumnya sebanyak 23 kes baharu dilaporkan serta tiada kematian.

Sementara itu, berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), seramai 1.26 juta atau 62 peratus rakyat Sarawak telah menerima dos ketiga sehingga 9 Januari lepas. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design