LELAKI MAUT DITETAK ABANG KEMURUNGAN

Polis sahkan OKT mati mengejut dalam tahanan

By Bernama
Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 Jan : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak pagi tadi.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki yang merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) berusia 63 tahun itu adalah tahanan tumpang dari Penjara Taiping dan ditempatkan di IPD Taiping.

“OKT telah ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes pada 11 Jan lepas sementara menanti sebutan seterusnya pada esok,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Azri berkata OKT itu dituduh pada 18 April tahun lepas di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (kerana mencuri sebuah kenderaan motor) dan Seksyen 324 (kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata).

Mengulas lanjut, beliau berkata Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes itu. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design