Penyanyi rap Kanye West disyaki tumbuk peminat

Spread the love

WASHINGTON, Jan. 14 : Penyanyi rap Amerika Syarikat, Kanye West disyaki menumbuk peminat yang meminta tandatangannya, lapor Sputnik.

Insiden itu berlaku pada awal pagi Khamis di luar kelab Soho Warehouse di Los Angeles, lapor akhbar TMZ.

West dilaporkan menumbuk peminatnya itu sebanyak dua kali: sekali di kepala dan sekali di leher. Saksi berkata, kepala peminat itu terhantuk ke tanah dengan kuat apabila dia terjatuh.

Konflik tercetus apabila penyanyi rap itu meminta sekumpulan peminat tidak mengambil gambarnya, sambil berkata mereka tidak memahami kesukaran yang dihadapinya. Salah seorang peminatnya menjawab semua orang mempunyai masalah keluarga, kemudian selepas itu dia diserang oleh West.

Polis telah melancarkan siasatan berhubung dengan kejadian itu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.