Penduduk Kuching ‘malas’ daftar masuk premis?

By Firdaus Ismail
Spread the love

KUCHING, 14 Jan : Kegagalan mendaftar masuk ke dalam premis sama ada menerusi aplikasi MySejahtera atau secara manual merupakan antara kesalahan yang kerap dikompaun oleh polis pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kesalahan berkenaan merupakan satu daripada lima kesalahan tertinggi berhubung kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk membendung penularan virus COVID-19.

Katanya, selain itu pemilik premis juga antara yang ‘kerap’ disaman kerana gagal memaparkan jumlah maksima pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam premis mereka pada satu-satu masa.

“ Kesalahan lain yang dikesan sepanjang operasi pematuhan sepanjang termasuklah tidak mengamalkan penjarakan fizikal, tidak menggunakan pelitup muka serta tidak menyediakan buku daftar masuk, kod pengimbas MySejahtera dan tidak menyediakan cecair pembasmi kuman serta alat pengimbas suhu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media berhubung tindakan penguatkuasa pematuhan SOP , Akta 342 yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sepanjang 2021.

Ashmon turut memberitahu, secara keseluruhan sebanyak 3,199 kompaun telah dikeluarkan oleh pihaknya sepanjang tempoh pemantauan.

“ Berdasarkan jumlah itu, sebanyak 3,092 kompaun dikeluarkan terhadap individu dan 107 premis turut menerima notis sama,” katanya.

Jumlah nilai kompuan individu pula adalah sebanyak RM782 157 manakala kompaun premis mencecah RM1.06 juta.

“ Selain itu, pecahan jantina yang melakukan kesalahan terdiri daripada 2,303 orang lelaki serta seramai 789 orang perempuan turut culas untuk mematuhi SOP ditetapkan,” katanya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design