Coklat perisa tebaloi dan lada hitam antara yang ditawarkan CHELUM

Spread the love

KUCHING, 14 Jan: Kebelakangan ini usahawan industri makanan di Sarawak dilihat semakin kreatif menyuntik inovasi dalam penghasilan produk masing – masing.

Turut tidak terkecuali ialah CHELUM, jenama coklat tempatan yang memperkenalkan lima ‘perisa’ coklat yang mempunyai identiti Sarawak yang cukup kuat.

Apa tidaknya, pengasas jenama berkenaan , Noor Asmah Mohammed Mokhtar ‘bereksprerimen’ dengan pelbagai bahan – bahan mentah yang mudah diperolehi di negeri ini.

” Maka lahirlah coklat terung asam, coklat sagok pearl, coklat tebaloi crunch, coklat lada hitam dan coklat pedas lazeee,” kata wanita itu kepada TVS baru – baru ini.

Memulakan perniagaan dengan menjual roti di bawah label Roti Lazeez Enterprise, Noor Asmah berkata, dia mahu mencuba menghasilkan produk baharu dan secara kebetulan dirinya merupakan peminat coklat.

” Keunikan coklat CHELUM ialah ia menggunakan 100 peratus bahan – bahan yang terdapat di Sarawak dan menonjolkan identiti rakyat negeri ini,” katanya.

Ujar beliau, memandangkan coklat dihasilkan syarikatnya menggunakan bahan mentah tempatan, secara tidak langsung ia juga dapat membantu pembekal bahan mentah berkenaan di kawasan luar bandar dan pedalaman meningkatkan pendapatan.

” Tebaloi sebagai contoh dijual secara meluas oleh peniaga di kawasan kampung.

“Jadi apabila kami menghasilkan coklat perisa tebaloi, ia menyebabkannya sentiasa dicari dan sekaligus membantu usahawan hiliran,” katanya.

Ditanya apa yang berbeza tentang coklat CHELUM, Noor Asmah mengakui, coklat sering dianggap sebagai makanan tidak sihat kerana kandungan gula yang tinggi, namun menerusi idea segarnya, wanita ini berkata , bahan – bahan asli yang digunakan sebenarnya turut berkhasiat.

” Sebagai contoh, coklat blackpepper kami menggunakan lada hitam Sarawak yang diakui antara yang terbaik di dunia,” katanya.

Di sebalik rasa ‘pelik’ coklat CHELUM, jenama ini sebenarnya telah berjaya mengumpul penggemarnya.

Bagi Reef Omar , dia berasa teruja kerana berpeluang merasai keunikan rasa gabungan coklat tersebut.

“Saya jarang menikmati coklat lokal atau yang mempunyai rasa eksotik tetapi produk ini istimewa.

Pendapat saya, kombinasi bahan – bahan yang digunakan untuk hasil coklat ini berjaya memberi rasa yang sedap,”katanya.

Bagi Aaron Wong pula, dia menggemari coklat tebaloi kerana rasanya yang manis.

“Namun saya turut mencuba perisa lada hitam buat kali pertama,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.