SOP Tahun Baharu Cina di Sarawak , sambutan hanya sehari – JPBN

Spread the love

KUCHING, 14 Jan : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak semalam telah memberi kebenaran sambutan sehari yang melibatkan hanya anggota keluarga terdekat sahaja bagi perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

Kenyataan JBPN memaklumkan , prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Tahun Baharu Cina dan Chap Goh Meh yang terperinci boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi https://sarawakdisastermc.com/.

Antara yang dibenarkan di bawah SOP tersebut adalah bilangan anggota keluarga yang hadir boleh memenuhi hanya 50 peratus sahaja kapasiti kediaman mengikut saiz rumah dan perkarangan rumah serta mengamalkan penjarakan fizikal satu meter.

Pada masa yang sama, rumah terbuka dan ziarah rumah ke rumah juga tidak dibenarkan selain tarian singa dan sambutan di tokong juga tidak dibenarkan.

” Bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ketika sambutan itu, pihak berkuasa telah menyediakan SOP dan protokol yang ketat seperti tuan rumah wajib menyediakan alat saringan suhu badan atau thermal scanner.

Tuan rumah juga perlu menyediakan rekod kehadiran anggota keluarga terdekat sahaja dengan menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku kehadiran bagi tujuan membantu mengesan kontak rapat sekiranya berlaku penularan COVID-19,” jelas kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, JPBN mengingatkan pengunjung supaya sentiasa mematuhi SOP termasuk memakai pelitup muka dan tidak boleh menjalankan aktivti bersentuhan seperti bersalaman.

Selain itu, dalam kenyataannya, JPBNS juga bersetuju untuk menambah kekerapan penerbangan dari Semenanjung Malaysia dan Sabah ke Sarawak, daripada 307 penerbangan seminggu kepada 562 penerbangan seminggu berkuatkuasa pada hari ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.