Sarawak belanja RM2.174 bilion untuk pendidikan sejak 2017

By Ahmad Burhanuddin
Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 13 Jan: Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini, Kerajaan Sarawak telah membelanjakan hampir RM2.174 bilion sejak lima tahun lepas.

Menteri Muda Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I negeri, Dr. Annuar Rapaee berkata, perbelanjaan berkenaan adalah untuk melaksanaan pelbagai program berkaitan pendidikan.

Bagaimanapun ujar Dr. Annuar, hasrat untuk melihat bidang pendidikan di negeri ini mencapai peringkat tertinggi tidak ada berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama pelbagai pihak.

Lebih membimbangkan ujar beliau, masih terdapat ramai ibu-bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak masing – masing.

” Saya memberi contoh, sebelum ini terdapat program yang dilaksanakan kerajaan negeri iaitu menyediakan 300 tempat untuk pelajar dari keluarga B40 dan M40 untuk melanjutkan pengajian di tiga buah universiti swasta di negeri ini iaitu Universiti Teknologi Swinburne, Curtin University Malaysia dan Universiti Teknologi Sarawak namun menerima respon yang kurang memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Outreach BKPA Zon Sarawak di Dewan Jubli, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Sarawak, Kota Samarahan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Annuar berkata, beliau tidak menyalahkan anak muda kerana ‘tidak berminat’ dengan peluang yang ditawarkan sebaliknya peranan yang dimainkan oleh ibu-bapa sangat penting.

“Saya boleh katakan bahawa seseorang pelajar itu akan sentiasa menjadi seorang pelajar, mereka belum mencapai kematangan dan mereka tidak akan pernah memahami apa masa depan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengesa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan berlaku peningkatan jumlah pelajar di di negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Mengulas mengenai program outreach berkenaan, Dr. Annuar berkata, ia dianjurkan selepas mendapati jumlah mereka yang memohon melalui UPUOnline menurun berbanding tahun-tahun yang sebelumnya khususnya pelajar yang berada di luar bandar.-TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design