Mukah dan Matu mula dilanda banjir, penduduk dinasihat berwaspada

Spread the love

MUKAH , 13 Jan : Beberapa daerah di Bahagian Mukah mula mengalami peningkatan paras air akibat hujan lebat yang berlaku pada awal pagi tadi serta ditambah dengan fenomena air pasang hari ini.

Di Daerah Mukah , kawasan yang dinaiki air ialah Kampung Judan Hilir Mukah dengan setakat tengah tadi paras air berada pada ketinggian 35 centimeter.

Pengawai Pertahanan Awam Daerah Mukah , Kapten Zuriza Sharkawi berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya, mereka mendapati paras air masih terkawal.

“Namun demikian, kami telah menasihati penduduk kampung supaya berjaga – jaga.

“Sekiranya keadaan bertambah buruk, ketua keluarga diminta untuk segera menghubungi Bilik Gerakan Bencana Daerah sekiranya memerlukan bantuan untuk berpindah,” katanya di sini hari ini.

Berhubung situasi semasa, Zuriza memberitahu, hujan masih berterusan dalam keadaan renyai -renyai dan pemantauan berterusan akan dilakukan pihaknya.

Sementara itu, perkembangan di Daerah Matu pula menyaksikan jalan raya di Kampung Jemoreng sudah ditenggelami air setinggi 0.19 meter akibat hujan lebat awal pagi tadi.

Susulan itu pihak berkuasa menjangkakan beberapa kawasan berhampiran termasuk Kampung Sekaan Besar dan Kampung Bertong akan dinaiki air pada bila-bila masa sahaja.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Matu , Leftenan Jumaat Akasas berkata, keadaan banjir yang berlaku kini di Matu masih terkawal.

“Sehubungan itu penduduk dinasihatkan untuk terus berwaspada dan bersiap sedia untuk menghadapi banjir.

Berdasarkan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia , setakat jam 12.30 tengah hari tadi hujan lebat dijangka berlaku sehingga 15 Januari 2021 di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Diikuti hujan berterusan pada peringkat waspada di Kapit, Bintulu dan Miri (Subis). -TVS

Tags: apm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.