Lelaki tersepit lori dipandu langgar pokok

Spread the love

KUCHING, 13 Jan : Seorang lelaki berumur 50 -an cedera selepas lori yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di tepi Jalan Demak Laut, Kuching.

Akibat rempuhan berkenaan, kenderaan berat yang dipandunya itu rosak teruk manakala kaki kanan mangsa tersepit dalam kejadian kira – kira pukul 2.54 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa pada pukul 3.35 petang dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak.

” Lapan orang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan, Karim Bujang terpaksa menggunakan peralatan khas rescue tools,” demikian jelas kenyataan berkenaan. -TVS

Tags: #bm, #tersepit

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.