Pekerja resort cedera akibat letupan klorin di kolam renang

Spread the love

KUCHING, 11 Jan : Seorang pekerja sebuah resort di Lundu cedera dalam letupan melibatkan klorin semasa kerja-kerja pembersihan di kolam renang di resort tersebut pada pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Bomba Lundu memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.16 pagi.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II),  Joseph Diea turut menggerakkan sebuah jentera bomba, Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bersama lapam anggota.

“Kami mendapati sebuah tong klorin telah meletup ketika mangsa membuat kerja-kerja pembersihan di sebuah kolam, dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mangsa Fanddy Ahmad Rosli, 30 dilaporkan cedera di bahagian muka.

Mengulas lanjut, pihak bomba juga telah memastikan lokasi kejadian selamat digunakan -TVS

Tags: #bm, #letupan

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.