Notis gangguan air di kawasan Kuching dan Samarahan malam ini

Spread the love

KUCHING, 11 Jan : Pengguna air di beberapa tempat di sekitar Kuching akan mengalami gangguan bekalan air mulai malam ini jam 10 malam sehingga esok jam 6 pagi.

Menurut notis Lembaga Air Kuching, punca gangguan ialah kerja-kerja penyambungan paip di Loji Rawatan Air Batu Kitang No. 2.

Kawasan-kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air dalam tempoh ini ialah Batu 9, Jalan Pending, Jalan Batu Lintang, Jalan Sekama, Jalan Bampflyde, Kenyalang Park, Jalan Foochow, kawasan Samarahan dan Stesen Booster JBALB Tambirat.

Semasa tempoh gangguan, pengguna akan mengalami tekanan air rendah dan air kotor. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan air yang mencukupi sepanjang tempoh gangguan bekalan.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh buat di 082-222 333 atau SMS ke 019 886 6650. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.