Hujan lebat: Serian dilanda banjir, tanah runtuh

Spread the love

SERIAN, 10 Jan : Tanah runtuh di daerah Serian berikutan hujan lebat semalam sekaligus telah menyebabkan banjir di kawasan Kampung Sejijag Serian hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan seramai lapan anggota dan jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membuat pemantauan kawasan tanah runtuh dan pokok tumbang.

Operasi diketuai Komander Operasi PBK II (KUP) Dobbin Dindot  

“Setibanya pihak bomba di simpang jalan masuk ke Kampung Sejijag didapati jalan masuk telah ditengelami air anggaran 1 1/2 kaki dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda,” ujar kenyataan itu.

Bagaimanapun, limpahan air tersebut juga tidak menjejaskan kediaman penduduk setempat.

Susulan itu, pihak bomba bertindak membuat pemantauan tanah susur dan pokok tumbang di lokasi menggunakan  pacuan empat roda yang turut disertai disertai pihak polis, JKR Serian, pihak CMS, APAM dan RELA.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.