Banjir: Stesen telemetri Batu Kawa, Jambatan Satok dipantau

Spread the love

KUCHING, 10 Jan : Menteri Pengangkutan , Dato Sri Lee Kim Shin dan Lembaga Sungai Sarawak melakukan lawatan kerja ke Barrage serta stesen Telemetri di Batu Kawa dan Jambatan Satok bagi memastikan siren amaran banjir berfungsi dengan baik.

Ia sebagai langkah persediaan awal dalam berhadapan dengan musim banjir untuk memastikan keselamatan penduduk yang tinggal di kawasan yang rendah selain mengingatkan mereka untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

“Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi, negeri akan mengalami hujan yang berterusan yang boleh menyebabkan kemungkinan banjir akan berlaku, saya ingatkan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan yang rendah supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa masa beliau berkata, Lembaga Sungai Sarawak telah menghantar pasukan ke kampung-kampung terlibat bagi memberi peringatan mengenai sistem amaran banjir (siren) dan meminta mereka berpindah ke kawasan yang lebih tinggi sekiranya perlu.

“Sekiranya siren dibunyikan, maka penduduk kampung haruslah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Pada masa sama kami juga memerlukan kerjasama daripada penduduk kampung untuk mejaga stesen telemetri di kawasan mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau juga menambah bahawa, bilik gerakan banjir Lembaga Sungai Sarawak telah dibuka bagi persediaan awal sekiranya berlaku banjir.

Turut serta dalam lawatan kerja berkenaan adalah Menteri Muda Pengakutan, Datuk Dr Jerip Susil dan Dato Henry Harry Jinep. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.