22 individu ditahan kegiatan judi dalam talian sekitar Kuching

Spread the love

KUCHING, 10 Jan : Seramai 22 individu ditahan polis di sekitar bandar raya ini dalam tempoh lima hari kerana terlibat dengan kegiatan perjudian secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuching , Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, kesemua mereka terdiri daripada 17 warga asing dan lima rakyat tempatan.

Katanya menerusi serbuan dilancarkan polis dalam Op Dadu Khas di beberapa lokasi termasuk Tabuan Tranquility serta pangsapuri di Jalan Song, kesemua pusat judi berkenaan dipercayai beroperasi antara tiga hingga enam bulan lalu.

“ Jumlah keseluruhan aktiviti perjudian membabitkan pusat – pusat judi yang diserbu polis mencecah RM810 000,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1963 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(c) akta sama . – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.