Pengalaman menerusi bengkel dokumentari anjuran Mini Film Festival

Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 7 Jan : Mini Film Festival (MFF) akan menutup tirai siri bengkel dokumentarinya pada 10 Januari ini.

Ia menampilkan Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Singapura 2018, Pham Thu Hang, yang akan berkongsi tentang pengalamannya selain teknik penyuntingan dan penceritaan dalam penghasilan dokumentari.

Bengkel percuma ini merupakan anjuran UNIMAS dengan kerjasama TVS, CHIC (Creative Heritage & Innovation Community), Majlis Seni Sarawak, Watch Movies Not, dan beberapa persatuan komuniti kreatif yang lain. 

Mini Film Festival akan menutup tirai siri bengkel dokumentarinya pada 10 Januari ini, dan menampilkan Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Singapura 2018, Pham Thu Hang. Orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendaftar di https://bit.ly/17thMFF. Untuk pertanyaan lanjut mengenai bengkel dokumentari ini, sila hubungi Haazim melalui +6011 2529 9264.

Menerokai Budaya Tempatan Melalui Dokumentari

Pham Thu Hang terkenal dengan karya dokumentarinya ‘The Future Cries Under Our Soil’ (2018). Filem ini menggambarkan kehidupan selepas perang saudara di Wilayah Quang Tri, Vietnam yang membantunya memperoleh Anugerah Pengarah Terbaik dalam kategori Filem Cereka Asia di Festival Filem Antarabangsa Singapura. 

Sebagai petanda peralihan pendapat bahawa kian rapatnya filem dokumentari dengan filem cereka dalam cara penyampaian, Hang menyuarakan kegembiraannya setelah menerima anugerah tersebut bahawa beliau sangat menghargai anugerah itu kerana filemnya dinilai sebagai kategori filem cereka Asia, dan nampaknya juri tidak membezakan di antara filem dokumentari dengan filem fiksyen.

Selepas menamatkan pengajian daripada Jabatan Pengajian Sejarah pada tahun 2004 dan bekerja sebagai penyelidik di Institut Kebudayaan dan Kesenian Vietnam, beliau tidak pernah terfikir untuk membuat filem sehingga beliau menghadiri festival filem antarabangsa.

Apabila beliau mendengar perbincangan tentang dokumentari, maka tercetusnya semangat beliau untuk menghasilkan dokumentari.

“Saya tidak bercadang untuk membuat filem pada masa itu, tetapi saya fikir beberapa perkara telah dibukakan bagi saya,” kata Hang dalam temu bual dengan akhbar Vietnam VNExpress.

“Ini adalah sesuatu yang boleh membantu saya mengeluarkan kreativiti saya.”

Hang kemudian menyertai Hanoi DocLab, sebuah pusat dokumentari dan seni video di Hanoi di mana beliau membuat beberapa filem dokumentari pendek.

Sejak itu beliau memutuskan untuk menyumbang suara kreatifnya dalam komuniti pembuat filem dokumentari yang kecil tetapi aktif berkembang di Vietnam.

Hang baru-baru ini memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pengarahan Dokumentari daripada konsortium tiga universiti di Eropah di bawah program Sarjana Bersama DocNomads di Lisbon, Budapest dan Brussels.

Keprihatinan beliau dalam pembikinan filem terbuka kepada banyak tema khususnya dalam usahanya untuk menemukan semula budaya Vietnam dan hubungan antara Vietnam dengan dunia luar, terutamanya dalam konteks globalisasi kontemporari.

Bengkel akan Dimulakan dengan Tayangan Dokumentari Dalam Talian

Seminar ini akan memberi tumpuan terutamanya kepada penyuntingan dokumentari dan teknik penceritaan dalam dokumentari. Bengkel dalam talian ini akan berlangsung selama dua hari bermula 9 Januari (Ahad) yang bakal menayangkan dokumentari (menonton filem yang disyorkan oleh Hang), dan 10 Januari (Isnin), di mana peserta akan menyertai Pham Thu Hang melalui Webex bermula pada jam 9.30 pagi.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendaftar di https://bit.ly/17thMFF.

Bagi pertanyaan lanjut mengenai bengkel dokumentari ini, sila hubungi Haazim menerusi nombor +6011 2529 9264. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.