Kes COVID-19 di Sabah meningkat dengan ketara – Masidi

Spread the love

KOTA KINABALU, 6 Jan : Kes baharu COVID-19 di negeri ini dilihat menunjukkan peningkatan ketara.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, perkembangan semasa menyaksikan 11 daerah telah menunjukkan peningkatan kes dengan Kota Belud paling tinggi iaitu sebanyak 41 kes.

” Kota Kinabalu juga merekodkan 41 kes manakala Tuaran pula dengan 40 kes.

“Jumlah kes harian ini boleh dikatakan berada kadar ambang bahaya sekiranya rakyat terus alpa dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Pada masa sama, Masidi turut menyuarakan kebimbangan berhubung situasi di Kota Belud dan Tuaran berdasarkan rekod kes yang dicatatkan.

Semalam, Sabah turut mengesahkan kes import pertama varian Omicron di Tawau.

Menurut laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) semalam, sebanyak 276 daripada 280 kes hari ini adalah pesakit kategori 1 dan 2 manakala dua kes berada dalam kategori 4 dan selebihnya masih dalam penilaian. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.