Tayar pecah, lelaki maut kereta terbabas

Spread the love

JULAU, 31 Dis : Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas akibat tayar pecah dalam kejadian di Kilometer (km) 10, Jalan KJD dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam Sulin berkata, dalam kejadian kira – kira pukul 4.30 petang itu, kereta yang dipandu Tony Ulloi, 37, juga berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan.

” Ini menyebabkan mangsa tersepit dalam kenderaanya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),”katanya kepada TVS di sini hari ini.

Menurut Andam, ketika kejadian, kereta jenis Perodua Bezza itu turut membawa isteri dan tiga anak mangsa yang berusia antara empat hingga 14 tahun.

Keadaan kereta mangsa yang maut selepas terbabas ke kiri jalan.

” Isteri dan kesemua anak mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya.

Beliau memberitahu, mayat dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) , Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.