‘Greater Bau’ pacu pertumbuhan pelancongan bandar warisan emas Sarawak – Abang Johari

Spread the love

BAU, 31 Dis : Projek Greater Bau yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak akan memanfaatkan potensi daerah ini sebagai destinasi pelancongan menarik di Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelbagai projek telah dirancang dalam pelan induk Greater Bau.

Katanya, segala perancangan yang telah disusun akan menjadi pemangkin untuk mengubah wajah Bau secara holistik menjadi sebuah bandar warisan emas di Sarawak.

“Kita mempunyai wakil rakyat dan pemimpin tempatan yang faham visi untuk mentransformasikan Bau ini sebagai satu kawasan yang membangun dan menarik minat bukan sahaja rakyat Sarawak tetapi seluruh masyarakat antarabangsa untuk datang ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun Ke-65 Majlis Daerah Bau (MDL) di Tasik Biru Food Village di sini semalam.

Yang turut hadir, pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Sri Abu Bakar Marzuki dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, sektor ekonomi termasuk pelancongan dan perkhidmatan dan pertanian di Bau akan terus dipacu untuk manfaat rakyat setempat.

Sementara itu, tambah Abang Johari, Projek Tasik Biru Resort City yang terdiri daripada hotel, chalet dan restoran terapung yang menawarkan percutian unik dijangka mampu menarik kunjungan lebih ramai pelancong selain dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.