Kes COVID-19 Afrika cecah 9.51 juta

Spread the love

ADDIS ABABA, 29 Dis : Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Afrika mencecah 9,519,699 setakat petang Selasa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC), lapor Xinhua.

Angka kematian di seluruh benua itu berjumlah 227,708 dan jumlah yang pulih pula kira-kira 8,556,200, katanya.

Afrika Selatan mencatatkan kes COVID-19 terbanyak di Afrika dengan 3,417,318 kes, diikuti oleh negara Afrika Utara iaitu Maghribi dengan 956,410 kes, kata agensi kesihatan itu.

Afrika Selatan adalah wilayah yang paling terjejas, diikuti oleh bahagian utara dan timur benua, manakala Afrika tengah paling kurang terjejas, menurut Afrika CDC. — BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.