Sarawak kesan 4 kes varian Omicron, semua perlu terus waspada

Spread the love

KUCHING, 24 Dis: Sarawak setakat ini mengesan sebanyak empat kes varian Omicron COVID-19 yang turut melibatkan jangkitan tempatan, menurut ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) Profesor Dr David Pereira.

Justeru, beliau yang juga yang juga pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak menggesa orang ramai untuk sentiasa berhati-hati sepanjang tempoh perayaan sambutan Krismas, Tahun Baru dan juga cuti akhir tahun kerana penularannya yang berkemungkinan mudah berjangkit.

“SOP kesihatan awam perlu dipatuhi dengan ketat dan perhimpunan komuniti dielakkan jika boleh untuk mengelakkan penularan komuniti,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk segera mendapatkan suntikan penggalak bagi meningkatkan penurunan paras antibodi yang meneutralkan untuk melindungi daripada jangkitan Omicron.

Dua daripada kes dilaporkan dari Bintulu melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria yang menjalani ujian calitan pada 19 Disember.

Sementara satu lagi kes melibatkan seorang lelaki berusia 19 tahun yang pulang dari United Kingdom yang telah menjalani calitan pada 14 Disember.

Selain itu, dua lagi kes dikesan di Kuching dengan satu kes melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang pulang dari United Kingdom manakala satu lagi kes pula melibatkan seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan namun menunjukkan kemungkinan penularan tempatan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.