Banjir: Presiden Moldova sampaikan rasa simpati kepada Malaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 23 Dis : Presiden Republik Moldova, Maia Sandu menyampaikan rasa simpati kepada Malaysia berikutan bencana banjir yang melanda negara pada masa ini. 

Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest, Romania dalam kenyataan semalam memaklumkan, Sandu menyampaikan rasa simpati tersebut selepas Duta Besar Malaysia ke Romania Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin yang turut ditauliahkan serentak ke Moldova menyerahkan watikah pelantikan kepada presiden republik itu di Chisinau, Moldova semalam. 

“Beliau (Sandu) telah menekankan keperluan untuk memanfaatkan peluang ekonomi dan perdagangan baharu yang dibuka hasil daripada perkembangan global. 

“Beliau juga memajukan cadangan untuk meneliti draf perjanjian antara Malaysian dengan Moldova yang akan bermanfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Tengku Sirajuzzaman akan terus meneroka cara untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara kedua-dua negara. 

Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Moldova telah terjalin pada 1993 dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest, Romania ditauliahkan serentak ke Republik Moldova. – TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.