Maklumkan polis sebelum tinggalkan rumah untuk cuti Krismas

Spread the love

MUKAH, 22 Dis : Polis menasihatkan orang awam yang ingin keluar dari daerah ini bagi menyambut perayaan Hari Krismas dan bercuti supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, ini bagi memastikan supaya polis dapat melakukan pemantauan berjadual untuk tujuan keselamatan.

” Sekiranya penduduk maklumkan lebih awal, kita (polis) dapat membuat rondaan ketika penghuni tiada di rumah masing – masing,” katanya ketika dihubungi TVS.

Muhammad Rizal berkata, peringatan ini diberikan berikutan kes pecah rumah dan curi telah menyumbang kes paling banyak bagi indeks jenayah di sini pada tahun ini.

” Kedua-dua kes ini telah mencatatkan angka sebanyak 54 kes yang dilaporkan setakat 21 Disember,” katanya.

Selain jenayah pecah rumah, Muhammad Rizal memberitahu, terdapat 10 kes kecuriaan motosikal turut dilaporkan.

Sementara itu, beliau memberitahu, jumlah kes yang diselesaikan tahun ini adalah lebih rendah berbanding tahun lepas.

” Ini kerana terdapat beberapa kes masih di peringkat perbicaraan di mahkamah. Selain itu bagi sesetengah kes, polis masih mengesan suspek terlibat,” katanya.

Sebagai perbandingan ujar Muhamad Rizal, pihaknya berjaya menyelesaikan sebanyak 62.71 peratus kes yang dilaporkan pada tahun lepas berbanding 55 .5 peratus kes yang dilaporkan pada tahun ini. -TVS

Tags: krismas, mukah

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.