Rumah [email protected] Seasons sedia penempatan mangsa banjir – Annuar Musa

Spread the love

KUALA LUMPUR, 19 Dis : Rumah [email protected] Seasons di Jalan Pahang di sini akan menempatkan mangsa banjir yang mengalami kesusahan mengikut kapasiti dan keutamaan.

Pengasas Rumah Prihatin, Tan Sri Annuar Musa, berkata Dapur Prihatin juga akan menyiapkan masakan untuk dihantar ke kawasan yang memerlukannya susulan banjir kilat yang melanda ibu negara dan Selangor sejak semalam.

Annuar, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata demikian dalam ciapan di Twitternya pada hari ini, susulan perkembangan semasa bencana banjir.

Lembah Klang dilanda banjir yang menyebabkan lebih 3,600 penduduk setakat malam tadi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, dan ramai pengguna jalan raya terkandas akibat laluan dan lebuh raya yang ditutup setelah dinaiki air.

Setakat jam 12.00 tengah hari tadi, selain Kuala Lumpur dan Selangor, negeri lain yang turut terjejas akibat banjir adalah Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Rumah Prihatin merupakan hotel kebajikan di Malaysia yang satu-satunya menyediakan perkhidmatan Vaksinasi Prihatin, Bilik Penginapan Prihatin, Jejak Prihatin, Khidmat Kesihatan Mental Prihatin, Bank Makanan, dan Dapur Prihatin. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.