RASMI: GPS raih majoriti besar di DUN Nangka, Dr. Annuar sujud syukur

Spread the love

Oleh Amyra Varkisa

SIBU, 18 Dis: Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih majoriti besar di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka apabila calonnya, Dr. Annuar Rapaee menang dengan majoriti 10,804 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak hari ini.

Pada PRN Ke-11, beliau menang dengan majoriti 7,617 undian.

Sejurus keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr. Annuar melakukan sujud syukur.

Berdasarkan keputusan rasmi beliau meraih 12, 059 undi sekaligus menewaskan Intanurazean Wan Sapuan Daud dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang memperoleh 1255 undi.

Olivia Lim Wen Sia dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) pula sekadar mampu meraih 1027 undi.

Keputusan ini disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 10.30 malam. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.