Cuaca buruk dan jalan terputus, keputusan DUN Mulu ditangguhkan – SPR

Spread the love

KUCHING, 19 Dis : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu tidak diumumkan pada 18 Disember.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan kerana petugas SPR yang menggunakan helikopter untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan undi bagi DUN berkenaan tidak dapat berbuat demikian berikutan cuaca buruk.

“Pada masa sama, perhubungan menggunakan jalan darat darat juga terputus.

“Sehubungan itu, SPR akan mengumumkan keputusan DUN berkenaan sebaik sahaja menerima peti undi,” katanya.

Setakat pukul 12 tengah malam tadi, keputusan di 81 daripada 82 DUN telah diumumkan dengan menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang 75 kerusi, Parti Sarawak Bersatu (4) dan DAP dengan dua kerusi. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.