TIDAK RASMI: GPS pimpin kiraan undi awal di DUN N.21 Tebedu

Spread the love

KUCHING, 18 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang selesa mendahului kiraan undi awal bagi kawasan itu.

Menurut kemaskini wartawan TVS di sana, Douglas Elliot, setakat 4. 40 petang, Dr. Simon telah meraih 2,272 undi, jauh meninggalkan saingan terdekat, Cheyne Kambeng @ Raymond Achen yang mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB) ketinggalan jauh apabila sekadar mendapat 521 undi setakat ini.

Wakil Parti Bumi kenyalang, (PBK) Jonathan Lantik pula menerima 331 undian.

Senior Anak William yang mewakili PKR juga jauh ketinggalan apabila sekadar mengumpul 191 undian ketika ini.

Kesemua yang dinyatakan di atas merupakan keputusan tidak rasmi setakat pukul 4.45 petang tadi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.