TIDAK RASMI : DUN N.23 Bukit Semuja, GPS (1,629), PSB (451)

Spread the love

KUCHING, 18 Dis : Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja memberikan harapan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila calonnya, John Ilus kini sedang selesa mendahului kesemua pencabarnya berdasarkan kiraan undi awal.

Douglas Eliot yang memantau perkembangan kerusi DUN berkenaan melaporkan, John Ilus kini menerima 1,629 undi sambil diekori oleh Elsiy Tingang yang ditampilkan oleh Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Elsiy kini jauh ketinggalan apabila sekadar mendapat 451 undian.

Sementara itu, calon DAP, Brolin Nicholsion turut ketinggalan apabila hanya menerima undian 189 undi diikuti wakil Parti Bumi Kenyalang (PBK), Edward Andrew Luwak yang mendapat123 undi.

Bagaimanapun, ini merupakan keputusan tidak rasmi. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.