TIDAK RASMI: Calon GPS selesa dahului kiraan undi awal di DUN Belaga

Spread the love

KUCHING, 18 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang kini sedang mendahului kiraan undi awal bagi DUN berkenaan yang telah bermula sebentar tadi.

Menerusi kemaskini wartawan TVS , Connie Grace di pusat penjumlahan undi DUN berkenaan, Datuk Liwan Lagang kini menerima undian sebanyak 2,199 diikuti Henry Usat Bit dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang menerima undian sebanyak 702.

Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) , John Bampa setakat ini di tempat ketiga dengan 73 undi diikuti wakil BEBAS, Siki Balarik yang mendapat 70 undi.

Bagaimanapun, ini merupakan keputusan tidak rasmi. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.