TAK RASMI : Abang Johari hampir pasti menang kerusi DUN N.26 Gedong

Spread the love

KUCHING, 18 Dis : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kini selesa mendahului tiga pencabarnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

Keputusan tidak rasmi setakat pukul 7 malam tadi, Abang Johari menerima 4,323 undian dengan pesaing terdekatnya , Mohamad Sofian Fariz Sharbini dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) sekadar mengumpul 703 undi.

Calon ditampilkan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango pula mendapat 157 undi manakala Cikgu Kamal yang mewakili Parti Amanah Negara (PAN) dengan 94 undi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.