RASMI : Tiong King Sing menang besar di DUN Dudong

Spread the love

KUCHING, 18 Dis : Pertandingan paling sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Tiong King Sing keluar sebagai pemenang.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu berjaya meraih 9,390 undi sekaligus menewaskan tujuh pencabar lain dengan majoriti selesa 5,806 undi.

Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Hie Ping yang dilihat cuba memberi cabaran pada peringkat awal sekadar berpuas hati dengan kiraan undi 3,584 kepada beliau seperti yang disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

DAP berjaya mendapatkan semula deposit apabila wakilnya, Paul Ling Fong mengumpul 2,724 undi.

Lima calon lain iaitu Jane Lau Sing (Parti Bumi Kenyalang), Cardock (calon bebas), Julius Enchana Jaspher Ancho (Parti Bansa Dayak Sarawak Baru), Engga Anak Unchat (bebas) dan Josephine Lau (Parti Aspirasi Rakyat Sarawak) semuanya akur apabila hilang deposit. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.