RASMI : Setakat 7.55 malam , GPS menang 20 kerusi, PSB 2 kerusi

Spread the love

KUCHING, 18 Dis : Setakat pukul 7.55 malam tadi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) berada di landasan terbaik untuk mempertahankan pentadbiran Sarawak apabila telah memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), GPS setakat ini meraih kemenangan di enam DUN di bahagian tengah Sarawak iaitu Belaga, Pelagus, Bukit Goram, Tamin, Tellian dan Balingian.

Sementara itu, GPS turut mengekalkan penguasaan di DUN Layar, Beting Maro dan Kelaka.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pula memimpin ‘pasukannya’ menyapu kerusi-kerusi tradisi menuju ke ‘hilir Sarawak’ membabitkan DUN Bukit Begunan, Balai Ringin, Sebuyau, Gedong, Simunjan, Tarat, Muara Tuang, Sadong Jaya, Asajaya dan Serembu.

Parti Bersatu Sarawak (PSB) pula menang di DUN Ba’kelalan dan Engkilili setakat ini.

Parti – parti bertanding perlu menang 42 kerusi untuk meraih majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.