Bomba Belaga bersedia hadapi ramalan ribut petir dan banjir

Spread the love

BELAGA, 15 Dis : Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga telah membuat persediaan awal untuk membantu kelancaran pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak.

Menurut Pegawai Kanan II, Helman Main, persediaan berkenaan merangkumi usaha – usaha menyelamat sekiranya terdapat kawasan di daerah ini dilanda banjir.

Ujar beliau, persediaan awal dilakukan sejak 4 Disember lalu.

” Bomba akan memantau beberapa kawasan telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir iaitu Uma Sambop, jambatan berhampiran Uma Kahei dan Punan Bah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh TVS berkaitan persediaan agensi itu sekiranya berlaku bencana alam dalam masa terdekat.

Menurutnya, persiapan merangkumi kesiapsiagaan anggota dan jentera yang dipastikan berada dalam keadaan terbaik untuk berkhidmat.

Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) pula, Helman berkata, pihaknya sentiasa memandang serius mengenai perkara itu bagi mengekang penularan COVID-19 ketika menjalankan tugas. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.