Kerajaan Sarawak tingkat jaringan komunikasi Simunjan menerusi MySRBN

Spread the love

SIMUNJAN, 14 Dis : Kerajaan Sarawak kini giat meluaskan liputan komunikasi ke kawasan luar bandar menerusi inisiatif Sarawak Linking Urban Rural And Nation-Sarawak Rural Broadband Network (Saluran-MySRBN) .

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini bagi memastikan rakyat dapat menikmati rangkaian komunikasi yang lebih baik dengan menyertai ekonomi digital yang merangkumi pelbagai spektrum seperti pendidikan, perdagangan, kewangan dan perbankan.

“Simunjan ini antara kawasan yang lemah liputan internet dan melalui MySRBN , selepas ini kita dapat berhubung dengan anak cucu kita yang berada di luar sana.

“Inilah apa yang kita buat untuk Simunjan, kalau kita hendak membangun , kita mesti guna kaedah baharu iaitu menggunapakai transfomasi digital”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Sarawak Linking Urban Rural And Nation-Sarawak Rural Broadband Network (Saluran-MySRBN) di sini, hari ini.

Inisiatif tersebut dilaksanakan melalui kerjasama pelbagai agensi Kerajaan Sarawak seperti Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) , Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tambah Abang Johari, fokus utama kerajaan Sarawak melalui Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 adalah untuk meningkatkan kebolehcapaian dan mengurangkan jurang digital antara kawasan luar bandar dan bandar di negeri ini yang digagaskan oleh kerajaan diterajui Gagasan Parti Sarawak (GPS). -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.