64 orang polis layak mengundi awal di DUN Belaga

Spread the love

BELAGA, 14 Dis : Proses pengundian awal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga menyaksikan seramai 64 orang pengundi layak berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, mereka terdiri daripada anggota polis dan pasangan masing – masing yang bertugas dan tinggal di sini.

“Kita juga memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Sementara itu bagi proses pengundian pada 18 Disember ini, seramai 150 anggota polis akan bertugas di dua DUN dalam daerah ini iaitu Belaga dan DUN,” katanya kepada TVS.

Beliau turut memberitahu, pusat undi awal di sini diadakan di bangunan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.