Skim HDAS , kaedah bantu rakyat Sarawak miliki rumah pasca pandemik COVID-19

Spread the love

SIBU, 13 Dis : Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak adalah satu kaedah untuk membantu mereka memiliki kediaman sendiri setelah ramai kini terjejas kehidupan mereka akibat kemunculan pandemik COVID-19, kata Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata melalui skim diurus Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd itu, kerajaan negeri akan membayar deposit rumah maksimum RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik, sekali gus membantu mereka yang tidak berupaya membuat simpanan ketika tempoh pandemik.

“Sebagai contoh kalau anda membeli rumah berharga RM90,000, kerajaan negeri akan membayar RM10,000 deposit dahulu dan baki RM80,000 lagi akan dilunaskan pembeli. 

“Ini adalah satu kaedah baru untuk kita membantu rakyat pasca pandemik kerana kita tahu pendapatan mereka terjejas,” katanya selepas melawat projek Rumah Spektra Permata (RSP) dan menyerahkan kunci rumah kepada penerimanya di Kemuyang, di sini hari ini.

Abang Johari berkata melalui melalui Belanjawan Negeri 2022, RM10 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan skim itu.

Sementara itu di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bermula 2021 hingga 2025 pula, beliau berkata kerajaan negeri akan membina sebanyak 1,819 unit rumah RSP.

“Dalam tempoh RMK-11 (2015-2020), sebanyak 2,470 unit RSP dibina di seluruh Sarawak, melibatkan kos RM258.6 juta,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.