Tokong berusia lebih 160 tahun dinaik taraf

Spread the love

BAU, 8 Dis : Sebuah tokong berusia lebih 160 tahun, di Kampung Sebuku, di sini akan dinaik taraf  manakala struktur bangunannya pula akan dikekalkan di kawasan berkenaan.

Kapitan Kawasan Sebuku, Jee Ah Ming berkata, tujuan projek naik taraf adalah bagi mengelak strukturnya rosak akibat banjir setiap tahun.

“Sehubungan itu, penduduk di kawasan ini yang melibatkan 136 buah rumah akan mendapat bangunan tokong baharu yang lebih besar dan luas serta akan ditempatkan di lokasi yang lebih tinggi,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Menurut Ah Ming, kawasan tokong berkenaan masih lagi dikunjungi penduduk dan ia akan dikekalkan kerana tidak mahu menghapuskan nilai sejarah tokong berkenaan yang diwujudkan sejak dari zaman melombong emas di Bau.

Terdahulu, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep melawat tokong berkenaan yang terletak di Pangkalan Lama, Jalan Sebuku – Baso hari ini.

Sementara itu, Ah Ming memberitahu, pihaknya telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000 pada tahun lepas menerusi Unit Hal Ehwal Agam-agama Lain (UNIFOR) bagi tujuan pembinaan bangunan baharu.

Sementara itu, Harry Jinep berkata, beliau melihat peluang eko pelancongan yang boleh diteroka di kawasan berkenaan setelah siapnya Jambatan Tondong yang menghubungkan Pasar Tondong ke Kampung Sebuku.

“Pada ketika ini, semuanya masih di dalam proses pelaksanaan. Peruntukan sudah ada manakala jambatan sedang dalam pembinaan,” katanya.

Ujarnya, berkenaan tokong berkenaan, ketika ini proses rundingan kelulusan lot tanah sedang diusahakan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

” Sebelum ini, proses penyelenggaran tertangguh akibat pandemik COVID-19 namun saya percaya ia akan bermula dalam masa terdekat,” katanya. -TVS

Tags: #bm, Bau, tokong

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.