Perkhidmatan awam Sarawak cemerlang harungi COVID-19

By Luqman Muhammad
Spread the love

KUCHING, 8 Dis : Sepanjang dua tahun negara menghadapi kemelut COVID-19, jentera kerajaan negeri diilihat sebagai antara sektor yang cemerlang menempuh rintangan serta berupaya menyampaikan perkhidmatan dengan berkesan dan efisien.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini membuktikan penjawat awam di Sarawak sentiasa bersedia dan berupaya menyesuaikan diri dengan apa jua bentuk perubahan persekitaran sama ada aspek politik, ekonomi, sosial dan teknologi.

“Gangguan yang berlaku akibat penularan pandemik COVID -19 telah ‘ditukar’ menjadi tunjang kekuatan kepada kerajaan dalam memacu dan memperkukuhkan perkhidmatan awam negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan 60 Tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurut Abang Johari , pelbagai aplikasi telah perkenalkan dalam memudah cara penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

” Oleh itu, mewakili rakyat negeri dan barisan pentadbiran, saya ingin memberi penghargaan dan berterima kasih kepada barisan penjawat awam di Sarawak yang merupakan jentera utama dalam menggerakkan pentadbiran,” katanya.

SPANS juga katanya telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan dalam melahirkan penjawat awam yang berupaya mengangkat martabat Sarawak ke satu tahap yang tinggi dan boleh menjadi teladan kepada perkhidmatan awam yang lain. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design