Kekal berintegriti laksana tanggungjawab – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 8 Dis : Kerajaan Negeri Sarawak komited untuk menjadikan integriti sebagai budaya dalam segenap lapisan masyarakat di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, komitmen ini telah diterjemahkan dengan baik dalam bentuk perancangan dan gerak kerja anggota pentadbiran serta perkhidmatan negeri Sarawak.

“Dalam memastikan tadbir urus yang baik dan reputasi perkhidmatan awam terus disanjung tinggi oleh rakyat, penjawat awam perlu meletakkan integriti mendahului segenap tindakan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran sambutan 60 Tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu , Abang Johari turut berharap agar penjawat awam di negeri ini dapat menjadi pasukan yang berkesan untuk merealisasikan visi mentranformasikan Sarawak menjadi sebuah negeri berteraskan ekonomi digital dan berupaya mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Katanya, Kerajaan Sarawak bersetuju menyediakan pejabat baharu SPANS di tingkat 16 dan 17, Bangunan Hikmah Exchange yang dijangka siap pada suku ketiga tahun hadapan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.