GPS berusaha pertahankan DUN Machan dan Ngemah

By TVS
Spread the love

KANOWIT, 8 Dis : -‘Orang lama’ dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Dato’ Sri Gramong Juna yakin kedua-dua calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dan Ngemah mampu mempertahankan ‘kubu kuat’ gabungan itu di Kanowit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Gramong yang juga Pengarah Operasi Bilik Gerakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Machan berkata, beliau berharap anaknya, Allan Siden Gramong akan terus mempertahankan kerusi DUN Machan yang pernah disandangnya sejak 1979.

Malah, beliau juga menaruh harapan tinggi bahawa calon baharu GPS yang mewakil Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu Anyi Jana akan turut mendapat sokongan pengundi-pengundi di DUN Ngemah.

“Anyi walaupun sebagai muka baharu ditampilkan parti, sudah tentu beliau menyuntik aura baharu kepada GPS selain akan menyumbang idea untuk pembangunan rakyat di sini.

Selain itu, berdasarkan maklum balas di peringkat akar umbi, beliau diterima oleh pengundi-pengundi di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Gramong turut menyuarakan keyakinan sama berhubung penyertaan kali kedua Allan selepas berjaya menang kerusi itu pada PRN Ke-11 lalu.

Anyi pula telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan GPS untuk mengantikan Alexander Vincent yang menyandang kerusi itu selama dua penggal sebelum ini.

Mengulas mengenai situasi di sini, Gramong berkata, penduduk Kanowit sudah serasi dengan GPS di mana kedua-dua calon sudah lama bekerja keras dan bersedia untuk berdepan pertarungan lima penjuru di kawasan masing-masing.

“Saya yakin pengundi-pengundi ataupun masyarakat di Machan dan Ngemah bijak untuk memilih wakil rakyat yang terbaik untuk terus membawa pembangunan di kedua-dua kawasan seperti yang telah dilaksanakan oleh GPS sebelum ini,” jelasnya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design