Awas ‘pengatur’ aktiviti perjudian keputusan mengundi – Pesuruhjaya Polis Sarawak

Spread the love

KUCHING, 8 Dis : Polis kini sedang menyiasat dakwaan tentang aktiviti pertaruhan membabitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang dikatakan sedang diatur oleh pihak-pihak tertentu di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat, dan akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang.

Beliau berkata beliau telah memberi respon semalam sejurus selepas perkara itu dibangkitkan oleh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi DUN Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing.

“Saya sudah mengarahkan Bahagian Cawangan Khas dan Bahagian Siasatan Jenayah menyiasat dan memantau perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan demonstrasi oleh Public Order Riot Unit (PORU) bersama Unit Water Cannon, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, di sini pada hari ini.

King Sing semalam mendedahkan, beliau mendapat maklumat berhubung aktiviti pertaruhan di mana kaki judi turut mensasarkan kawasan yang ditandinginya.

Menurutnya, kaki judi dikenal pasti sudah mula membuka pertaruhan membabitkan kawasan yang beliau tandingi.

Sementara itu, Aidi memberitahu, seramai 7,434 pegawai dan anggota polis akan bertugas di seluruh negeri bagi hari pengundian pada 18 Disember ini.

‘Kesemua mereka akan terlibat dengan tugasan berkaitan keselamatan dan sebagainya,” katanya. -TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.