Doktor bertemu doktor di DUN Batu Kawah tarik perhatian

Spread the love

KUCHING, 6 Dis : Perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini ‘mungkin’ tidak sepanas lima tahun lepas namun tetap menarik perhatian.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian disahkan sebagai salah seorang daripada empat calon yang akan bertanding merebut kerusi itu yang dimenanginya pada PRN Ke-11 lalu.

Beliau akan menentang wakil DAP, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen yang juga Ahli Parlimen Kuching selain cabaran dilontarkan oleh Fong Pao Teck dari parti Aspirasi dan wakil Parti Bumi Kenyalang, Chai Kueh Kiun.

Pada PRN lalu, Dr. Sim menang kerusi berkenaan dengan meraih 6,414 undi sekaligus menewaskan wakil DAP, Christina Chiew Wang See yang mendapat 4,329 undi dan calon bebas, Liu Thiang Leong yang meraih 1,109 undi.

Dr. Sim merupakan bekas pakar kardiologi berkelulusan bidang perubatan dari St. Bede’s College , Victoria, Australia manakala Dr. Kelvin pula menamatkan pengajian perubatan dari Volgograd State Medical University, Russia. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.