Bangunan arkib pelihara dokumentari warisan Sarawak

By Izzah Kamilah
Spread the love

KUCHING, 7 Dis: Pembinaan bangunan arkib adalah antara usaha Pustaka Negeri Sarawak untuk memelihara serta memperhebatkan lagi bahan arkib dan khazanah negeri yang bernilai tinggi.

Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata , bangunan arkib yang dibina ini akan menjadi cerminan keutamaan kepada pemeliharaan sejarah, maklumat pentadbiran dan sosial Sarawak.

Ujar Abang Johari, sebahagian besar bangunan ini akan dikhaskan untuk penyimpanan rekod dan bahan arkib negeri Sarawak.

“Memang seharusnya Sarawak memiliki arkib sebegini kerana kita memiliki sejarah yang panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di bangunan arkib di sini hari ini.

Bangunan dua setengah tingkat berukuran 26,805 meter persegi itu akan dibangunkan di kawasan seluas 7.12 hektar berhampiran dengan bangunan Pustaka Negeri.

Sebahagian besar daripada bangunan itu dikhususkan kepada penyimpanan arkib serta rekod-rekod negeri, yang akan dilengkapi dengan Automated Storage and Retrieval System (ASRS).

Projek yang bermula ini dijangka siap pada tahun 2024. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design