Saya tidak pandang rendah calon lain – Nicholas Kudi Jantai Maseng

By Steward Dawi
Spread the love

KAPIT, 6 Dis: Tidak mahu memandang ringan calon – calon lain yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Nicholas Kudi Anak Jantai Maseng berikrar akan memberi sepenuh perhatian untuk menang di sini.

Pada masa sama, beliau juga berjanji akan terus peka dengan memberi perhatian terhadap kehendak dan aspirasi rakyat di kawasan ini.

“Sekiranya kemenangan berpihak kepada saya pada PRN Ke-12 Sarawak ini, saya akan meneruskan rancangan pembangunan yang telah dirancang oleh mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing yang juga bapa saudara saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas proses penamaan calon untuk DUN Baleh di sini hari ini.

DUN Baleh akan menyaksikan pertembungan melibatkan Nicholas Kudi menentang wakil DAP, Kenneth Usang George serta calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK),Irwan Surkarno Layau Abdullah dan Koh Anak Kumbong yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya menang, ia bukan hanya untuk GPS sahaja tetapi ‘kemenangan rakyat’ di kawasan itu.

Ditanya tentang cabaran yang akan dihadapinya, Nicholas menyedari keluasan kawasan itu serta bentuk muka bumi yang mencabar termasuk keadaan berbukit dan sungai yang memerlukan lebih banyak perhatian perlu diberikan.

” Masih banyak pembangunan yang kita mahu bawa ke Baleh terutamanya jalan selain pembangunan infrastruktur, internet, bekalan elektrik dan bekalan air bersih,” jelasnya.

Pada PRN Ke -11 lalu, mendiang James Jemut Masing berjaya mempertahankan kerusi itu untuk penggal ke lapan berturut – turut dengan menewaskan calon DAP iaitu Agop Anak Linsong dengan majoriti 4,843 undi. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design