#PRN12Sarawak: RASMI tiga penjuru di Bukit Saban

Spread the love

SPAOH, 6 Dis : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak kali ini selepas penamaan calon selesai kira-kira pukul 10 pagi.

Pegawai pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Saban , Charlie Keling berkata, selepas tempoh penyerahan borang dan bantahan tamat, SPR menerima dan mengesahkan tiga calon layak bertanding pada PRN kali ini.

Senarai calon terdiri daripada wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang akan ditentang oleh wakil ditampilkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mikhail Mathew Abdullah.

Andria Anak Dundang @ Andria Gelayan dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) turut disahkan layak bertanding pada PRN Ke-12 ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.