#PRN12Sarawak: RASMI Kerusi tumpuan Tanjong Datu libatkan empat calon

Spread the love

KUCHING, 6 Dis : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini selepas penamaan calon selesai kira – kira pukul 10.30 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjong Datu , Gustian Durani berkata, selepas tempoh penyerahan borang dan bantahan tamat, SPR menerima dan mengesahkan empat calon layak bertanding pada PRN kali ini.

Senarai calon mengikut urutan terdiri daripada Azizul Annuar Adenan dari Gabungan Parti Sarawak ( GPS), Jery’in Fauzi dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Goem Pija dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Abdul Talib Bin Baee merupakan calon bebas.- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.