#PRN12Sarawak: RASMI , DUN Belaga saksikan pertembungan empat calon

Spread the love

BELAGA, 6 DIS: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini disahkan akan menyaksikan persaingan empat calon untuk menjadi wakil rakyat.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN berkenaan, Juan Ubit berkata, kesemua empat calon terdiri daripada wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Liwan Lagang yang diikuti Henry Usat Bit dari Parti Sarawak Bersatu manakala John Bampa mewakili Parti Bumi Kenyalang (PBK).

SPR turut mengesahkan Siki Balarik layak bertanding atas tiket Bebas dan secara keseluruhan proses penamaan calon di sini berjalan lancar dan selesai kira – kira pukul 10.30 pagi tadi.

SPR menetapkan tempoh kempen selama 12 hari bermula hari ini manakala 14 Disember ditetapkan sebagai hari pengundian awal dan 18 adalah hari mengundi.

Liwan Lagang menang kerusi berkenaan pada PRN lepas menerusi undian sebanyak 4,149. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.