#PRN12Sarawak: RASMI Dr. Annuar hadapi dua lawan untuk pertahan kerusi di DUN Nangka

Spread the love

Sibu, 6 Dis : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak setelah proses penamaan calon selesai kira-kira pukul 11.50 pagi.

Pegawai pengurus pilihan raya DUN Nangka, Alison Buda berkata, selepas tempoh penyerahan borang dan bantahan tamat, SPR menerima dan mengesahkan tiga calon layak bertanding pada PRN kali ini.

“Saya telah menyemak kertas- kertas penamaan tersebut, setelah selesai disemak saya berpuas hati memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaan.

Dengan ini saya mengumumkan calon-calon yang disahkan bertanding dalam DUN N.55 Nangka adalah seperti berikut, Dr. Annuar Rapaee, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Olivia Lim Wen Sia, Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Intanurazean Wan Sapuan Daud dari Parti Sarawak Bersatu (PSB),” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini dikhabarkan kerusi DUN Nangka yang disandang oleh Dr. Annuar Rapaee bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru namun seorang calon daripada Aspirasi, Simon Tiong tidak muncul. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.