#PRN12Sarawak: RASMI Dudong paling hangat, pertempuran lapan calon

Spread the love

SIBU, 6 Dis: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong menjadi antara kawasan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang paling hangat apabila berlaku pertembungan sengit lapan penjuru.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP), Dato Seri Tiong King Sing menggalas tanggungjawab serta cabaran besar berdepan tujuh calon lain.

Mereka ialah Paul Ling dari DAP, Wong Hie Ping dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Julius Enchana dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Joshepine Lau Kiew Peng dari ASPIRASI, Lau Sing Yee dari Parti Bumi Kenyalang (PBK), dan dua lagi calon bebas, iaitu Fadhill Mohamad Isa dan Engga anak Unchat.

Pusat penamaan calon DUN Dudong di Perpustakaan Awam Sibu Jaya di sini ‘meriah’ dengan kehadiran calon yang mahu bertanding ketika dibuka tepat pukul 9 pagi tadi.

Pengurus Pilihan Raya DUN Dudong, Abdul Razali Awang Bini ketika mengumumkan proses penamaan calon pada jam 11 pagi berkata, kesemua lapab calon memenuhi syarat untuk bertanding pada PRN Ke-12 ini.

Kawasan Dudong yang secara tradisinya ditandingi oleh parti komponen GPS iaitu SUPP menyaksikan berlaku perubahan kali ini apabila ia diserahkan kepada parti komponen iaitu PDP.

Pada PRN ke-11 yang lalu , Datuk Tiong Thai King yang ketika itu mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan 9,700 undi namun pada tahun lepas , beliau lmenyertai PSB sekaligus menjadikan kerusi tersebut disandang oleh parti pembangkang. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.