PRN Ke-12 Sarawak ; Tiada yang terpinggir nikmati pembangunan – Fatimah

By Akma Salleh
Spread the love

MUKAH, 6 DIS : Tiada yang terpinggir untuk menikmati pembangunan menyeluruh yang dilaksanakan kerajaan negeri ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama ini.

Calon GPS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, beliau mahu meneruskan khidmat kepada rakyat seperti dilakukan olehnya selama menjadi wakil rakyat di sini.

“Sekiranya menang, sudah pasti saya akan meneruskan perkhidmatan yang konsisten yang sangat diperlukan rakyat ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selepas proses penamaan calon DUN berkenaan di Dewan Masyarakat Dalat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, pembangunan yang dibawa harus lebih terangkum termasuk fizikal dan sosio ekonomi bagi memastikan rakyat tidak berasa terpinggir.

Berhubung strategi kempen kali ini, beliau berkata jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah bersedia untuk melaksanakan kempen cara baharu selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya harap ia akan membuahkan hasil seperti yang kita harapkan,” tambahnya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design