PRN Ke-12 Sarawak: GPS umum manifesto 8 Disember – Abang Johari

Spread the love

GEDONG, 6 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melancarkan manifesto penuh mereka pada 8 Disember ini.

Pengerusinya , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara perkara yang akan ditampilkan dalam tawaran manifesto berkenaan termasuklah jaminan bahawa GPS akan memastikan setiap janjinya akan dilaksanakan sebaik mungkin.

Ujar Abang Johari, setakat ini apa yang telah dijanjikan pada PRN Ke-11 telah ditunaikan oleh gabungan itu yang mentadbir negeri ini.

” Walaupun ada yang menyatakan manisfesto ini bukan kitab suci tetapi bagi kita, manisfesto adalah satu perjanjian yang harus dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas proses penamaan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong yang berlangsung di Dewan Masyarakat Gedong padi tadi.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Sarawak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menentukan masa depan negeri ini di bawah kerajaan yang stabil.

” Ini telah dibuktikan oleh kepimpinan GPS ,” katanya.

Abang Johari yang bertanding di DUN Gedong kali ini terlibat dalam pertembungan empat penjuru menentang wakil -wakil yang ditampilkan oleh Parti Sarawak Bersatu (PSB) , Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan PAN.

Sebelum ini, karier politik Abang Johari berakar umbi di Satok apabila beliau telah mempertahankan kerusi DUN berkenaan selama sembilan penggal berturut – turut. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.